salam semua.
hah.inilah akibat time orang lain apply hostel kita tergedek gedek cari rumah sewa kononnya.last last nak jugak buat rayuann.almaklumlah 'BANDAR VENDOR" di kawasan perkampungan orang asli.so rumah area sini memanglah tersangat `banyak'
tadang!dengan usahasama ENCIK GOOGLE,macam macam alasan aku reka..sempurnalah surat rasmi ni.fush fush.mintak mintak luluslah permohonan ni.amin
NUR
EZZATI ALYA BT ABD RAHIM
Universiti
Kuala Lumpur (UniKL) MICET
Lot
1988 Bandar Vendor Taboh Naning
78000
Alor Gajah, Melaka.

Desasiswa
Ar Razi
Universiti
Kuala Lumpur (UniKL) MICET 24 DISEMBER 2013
Lot
1988 Bandar Vendor Taboh Naning
78000 Alor Gajah, Melaka.
Tuan/Puan,
RAYUAN PERMOHONAN MENDUDUKI HOSTEL SESI 2014
Merujuk kepada perkara di atas, saya Nur Ezzati Alya bt
Abd Rahim,pemegang nombor ID 55102313116 ,pelajar kos diploma Bioprocess sem 1 (intake jun ) ingin
membuat permohonan rayuan untuk menduduki hostel desasiswa ar razi bagi sesi
pengajian 2014.
2.Rayuan yang saya kemukakan ini adalah atas sebab yang
relevan, kerana sebagai seorang pelajar saya teramat memerlukan kemudahan
asrama bagi memudahkan saya menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar .
3.Bersama permohonan ini, ingin saya nyatakan juga
beberapa faktor dan sebab rayuan seperti berikut:-
a) Kosenterasi dalam pelajaran adalah penting bagi saya,
dengan adanya kemudahan hostel yang disediakan seperti WIFI percuma memudahkan
untuk menyiapkan tugasan. Saya akan sentiasa berusaha mempertingkatkan daya
usaha untuk mencapai keputusan yang lebih baik.
b) Saya memerlukan asrama ini untuk memudahkan pergerakan
saya ke kuliah. Keadaan ini memudahkan saya bertemu pensyarah-pensyarah dalam
membantu saya dalam pelajaran.
c) Faktor keselamatan juga turut membimbangkan saya
memandangkan cuaca dan keadaan sekeliling yang tidak menentu. Dengan menghuni
asrama, keselamatan saya lebih terjamin.
d) Saya akan mengalami kesukaran sekiranya terpaksa
menyewa di luar kerana masalah dari segi kewangan untuk menyewa rumah di luar
kampus dan pengangkutan untuk ke fakulti
.
4. Berikut disertakan bersama sesalinan aktiviti-aktiviti
kolej yang disertai sepanjang semester ini untuk rujukan pihak tuan/puan.
5. Dengan ini saya amat berharap pihak tuan dan puan
mempertimbangkan rayuan saya ini. Segala kerjasama pihak tuan/puan amatlah saya
hargai. Saya dahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
Yang benar
.................................................................
(Nur Ezzati Alya bt Abd Rahim )
Assalamualaikum...saya nk tnya mcm mna suasana micet?kemudahan2..dan hostel cmne?satu bilik kongsi brape ye?
ReplyDeleteA
ReplyDeletethank you soo much, this helps me a lot.
ReplyDelete